Bagi yang suka minum kopi


Pertanyaan : Apa faedahnya meminum kopi ??

Jawaban : Suatu ketika Sayyidina Ahmad bin Ali Bahr al-Qadimi jumpa dengan Nabi Muhammad Saw dalam keadaan terjaga. Ia berkata kepada Nabi Saw : Wahai Rasulullah, aku ingin mendengar hadits darimu tanpa perantara.

Nabi Muhammad Saw kemudian bersabda : Aku akan memberimu 3 hadits.

1. Selama bau biji kopi ini masih tercium aromanya di mulut seseorang, maka selama itu pula malaikat akan beristighfar (memintakan ampun) untukmu.

2. Barangsiapa yang menyimpan tasbih untuk digunakan berdzikir maka Allah akan mencatatnya sebagai orang yang banyak berdzikir, baik ia gunakan tasbihnya atau tidak.

3. Barangsiapa yang duduk bersama waliyullah yang hidup atau yang sudah wafat maka pahalanya sama saja dengan ia menyembah Allah di seluruh penjuru bumi.

Al-Habib Abubakar bin Abdullah al-Aththos berkata : Sesungguhnya tempat yang ditinggalkan dalam keadaan sepi atau kosong maka jin akan menempatinya. Sedangkan tempat yang biasa digunakan untuk membuat hidangan kopi maka para jin takkan bisa menempati dan mendekatinya.

(Lihat dalam kitab Tadzir an-Nas halaman 177 dan at-Tadzkir al-Mushthafa li Aulad al-Musthafa wa Ghairahum min Man Ijtbahu Allahu Washthafa karya al-Habib Abubakar al- Atthas n Abdullah bin Alwi bin Zain al-Habsyi halaman 117)...

Ngopi yuk???

The Author

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Morbi eu sem ultrices, porttitor mi eu, euismod ante. Maecenas vitae velit dignissim velit rutrum gravida sit amet eget risus. Donec sit amet mollis nisi, nec commodo est.

Kitab Yang Masyhur Dengan Maulid


 
Kitab-kitab yang ditulis masalah maulid terlalu banyak, dalam berbagai nama kitab karya-karya ulama. Disini tidak akan menyebut semua kitab tersebut karna banyaknya kitab masalah kebaikan dalam maulid, tetapi hanya menyebutkan sebagian saja. Terutama huffazul hadits, serta para Imam, yang menulis kitab maulid dan terkenal dgn kitab karangannya. Cukuplah sekian banyak kitab maulid yang di jadikan pedoman kita akan faedah dan kemuliaan maulid Nabi Muhammad Saw.

Inilah sedikit nama kitab dari sebagian yang banyak :

1. Al-Imam al-Muhaddis al-Hafiz Abdul Rahman bin Ali yang terkenal dengan Abulfaraj ibnul Jauzi (wafat tahun 597H), dan maulidnya yang masyhur dinamakan “Al-Arus”. Telah dicetak di Mesir berulang kali.

2. Al-Imam al-Muhaddits al-Musnid al-Hafidz Abulkhoththob Umar bin Ali bin Muhammad yang terkenal dengan Ibn bahyatilqalbi (wafat tahun 633H).
Beliau mengarang maulid yang hebat yang mempunyai tahqiq yang begitu berfaedah yang dinamakan At-Tanwir Fi Maulidil Basyirin Nadzir.

3. Al-Imam Syaikhul Qurra’ Waimamul Qiraat pada zamannya, al-Hafidz al-Muhaddis al-Musnid al-Jami’ Abulkhair Syamsuddin Muhammad bin Abdullah al-Juzuri asy-Syafi’i (wafat tahun 660H).
Maulidnya dalam bentuk manuskrip berjudul Urfutta’rif bilmaulidis syarif.

4. Al-Imam al-Mufti al-Muarrikh al-Muhaddis al-Hafidz ‘Imaduddin Ismail bin Umar ibn Katsir, penyusun tafsir dan kitab sejarah yang terkenal (wafat tahun 774H).
Ibn Katsir telah menyusun satu maulid Nabi yang telah diterbitkan dan ditahqiq oleh Dr Solahuddin al-Munjid.

5. Kemudiannya maulid ini telah ditanzimkan dan disyarahkan oleh al-‘Allamah al-Faqih asy-Sayyid Muhammad bin Salim bin Hafidz, Mufti Tarim, dan diberi komentar pula oleh al-Muhaddis asy-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki, yang telah diterbitkan di Syria pada tahun 1387H.

6. Al-Imam al-Kabir wal’alim asy-Syahir, Hafidzul Islam wa ‘Umdatul Anam, wa Marja’il Muhaddisin al-A’lam, al-Hafidz Abdul Rahim ibn Husain bin Abdul Rahman al-Misri, yang terkenal dengan al-Hafidz al-Iraqi (725H – 808H).
Maulidnya yang mulia dan hebat dinamakan Al-Mauridul Hana dan telah disebutkan oleh ramai huffaz seperti Ibn Fahd dan Asy-Suyuthi.

7. Al-Imam al-Muhaddis al-Hafidz Muhammad bin Abi Bakr bin Abdillah al-Qisi ad-Dimasyqi asy-Syafi'i, yang terkenal dengan al-Hafidz Ibn Nasiriddin ad-Dimasyqi (777-842H).
Beliau merupakan ulama yang membela Ibn Taymiyah malah menulis kitab bagi menjawab pertuduhan ke atas Ibn Taimiyah. Beliau telah menulis beberapa kitab maulid, antaranya : Jami’ul Atsaar Fi Maulidinnabiyil Mukhtar dalam 3 Jilid. Dan Al-Lafdzurra’iq Fi Maulid Khairil Khalaiq berbentuk ringkasan. Dan Maurid Asy-Sabiy Fi Maulid Al-Hadi.

8. Al-Imam al-Muarrikh al-Kabir wal Hafiz asy-Syahir Muhammad bin Abdul Rahman al-Qahiri yang terkenal dengan al-Hafidz asy-Sakhawi (831-902H).
Yang mengarang kitab Addiyaullami’ dan kitab-kitab lain yang berfaedah. Beliau telah menyusun maulid Nabi dan dinamakan Al-Fakhrul ‘Alawi Fi al-Maulid an-Nabawi (Disebutkannya dalam kitab ad-Diyaullami’, Jilid 8 halaman 18).

9. Al-Allamah al-Faqih Asy-Sayyid Ali Zainal Abidin as-Samhudi al-Hasani, pakar sejarah dari Madinah al-Munawarrah (wafat tahun 911H).
Maulidnya yang ringkas (sekitar 30 muka surat) dinamakan Al-Mawarid Al-Haniyah Fi Maulid Khairil Bariyyah. Kitab ini dalam tulisan khat nasakh yang cantik dan boleh didapati di perpustakaan-perpustakaan di Madinah, Mesir dan Turki.

10. Al-Hafidz Wajihuddin Abdul Rahman bin Ali bin Muhammad asy-Syaibani al-Yamani az-Zabidi asy-Syafi'i, yang terkenal dengan Ibn Daibai’i. beliau dilahirkan pada bulan Muharram 866H, dan meninggal dunia pada hari Jumaat, 12 Rejab 944H.
Beliau merupakan salah seorang Imam pada zaman beliau, dan merupakan petinggi masyaikhul hadits. Beliau telah meriwayatkan hadits-hadits al-Bukhori lebih seratus kali, dan membacanya sekali dalam masa enam hari. Beliau telah menyusun maulid yang amat masyhur dan dibaca di merata dunia (maulid daibai). Maulid ini juga telah ditahqiq, diberi komentar serta ditakhrijkan haditsnya oleh al-Muhaddits Asy-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki.

11. Al-‘Allamah al-Faqih al-Hujjah Syihabuddin Ahmad ibn Hajar al-Haitami (wafat tahun 974H).
Beliau merupakan mufti Madzhab Syafi'iyyah di Makkah al-Mukarramah. Beliau telah mengarang maulid yang sederhana (71 mukasurat) dengan tulisan khat naskh yang jelas yang boleh didapati di Mesir dan Turki. Beliau namakannya : Kitab Itmamun Ni’mah ‘Alal ‘Alam Bimaulid Saiyidi Waladi Adam. Selain itu beliau juga menulis satu lagi maulid yang ringkas, yang telah diterbitkan di Mesir dengan nama Kitab An-Ni’matul Kubra ‘Alal ‘Alam Fi Maulid Saiyidi Waladi Adam.

12. Asy-Syaikh Ibrahim al-Bajuri juga telah mensyarahkannya dalam bentuk hasyiah dan dinamakannya : Tuhfatul Basyar ‘ala Maulid Ibn Hajar.

13. Al-‘Allamah al-Faqih asy-Syaikh Muhammad bin Ahmad Asy-Syarbini al-Khatib (wafat tahun 977H).
Maulidnya dalam bentuk manuskrip sebanyak 50 halaman, dengan tulisan yang kecil tetapi boleh dibaca.

14. Al-‘Allamah al-Muhaddits al-Musnid al-Faqih asy-Syaikh Nuruddin Ali bin Sultan al-Harawi, yang terkenal dengan al-Mulla Ali al-Qari (wafat tahun 1014H) yang mensyarahkan kitab al-Misykat.
Beliau telah mengarang maulid dengan judul “Al-Maulidurrawi Fil Maulidin Nabawi”. Kitab ini juga telah ditahqiq dan diberi komentar oleh al-Marhum al-Muhaddits sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki, dan dicetak di Matba’ah Asy-Sya’adah Mesir tahun 1400H/1980M.

15. Al-‘Allamah al-Muhaddits al-Musnid as-Sayyid Ja’far bin Hasan bin Abdil Karim al-Barzanji, Mufti Madzhab Syafi’iyyah di Madinah al-Munawarah (khilaf pada tahun wafatnya, 1177H atau 1184H).
Beliau merupakan penyusun maulid yang termasyhur yang digelar Maulid al-Barzanji. Sebahagian ulama menyatakan nama sebenar kitab ini ialah “‘Aqdul Jauhar Fi Maulidin Nabiyil Azhar”. Maulid ini merupakan maulid yang termasyhur dan paling luas tersebar di negara-negara Arab dan Islam, di timur dan barat. Malah dihafal dan dibaca oleh orang Arab dan ‘Ajam pada perhimpunan-perhimpunan mereka yang berbentuk kemasyarakatan dan keagamaan.

16. Al-‘Allamah Abul Barakat Ahmad bin Muhammad bin Ahmad al-‘Adawi yang terkenal dengan ad-Dardir (wafat tahun 1201H).
Maulidnya yang ringkas telah dicetak di Mesir dan terdapat hasyiah yang luas padanya oleh Syaikul Islam di Mesir, al-Allamah Syaikh Ibrahim bin Muhammad bin Ahmad al-Baijuri atau al-Bajuri (wafat tahun 1277H)

17. Al-‘Allamah Syaikh Abdul Hadi Naja al-Abyari Al-Misri (wafat tahun 1305H).
Maulidnya yang ringkas dalam bentuk manuskrip.

18. Al-Imam al-‘Arifbillah al-Muhaddits al-Musnid as-Sayyid asy-Syarif Muhammad bin Ja’far al-Kattani al-Hasani (wafat tahun 1345H).
Maulidnya berjudul (Al-Yumnu Wal-Is’ad Bimaulid Kharil ‘Ibad dalam 60 halaman, telah diterbitkan di Maghribi pada tahun 1345H.

19. Al-‘Allamah al-Muhaqqiq aSyaikh Yusuf an-Nabhani (wafat tahun 1350H).
Maulidnya dalam bentuk susunan bait dinamakan, Jawahirun Nazmul Badi’ Fi Maulidis Syafi'i diterbitkan di Beirut berulangkali.

Begitulah sebagian dari kitab-kitab maulid yang begitu banyak yang telah disusun oleh para ulama ummat Islam yang terkenal. Kebanyakan maulid yang skrg ini dikarang oleh para huffaz, muhaddisin dan ulama yang masyhur. Cukuplah bagi kita melihat betapa maulid ini begitu dimuliakan oleh para ulama silam, tetapi. banyak yang mencoba mengingkari oleh mereka yang membid'ah-bid'ahkan mengaku lebih pintar-pandai dalam ilmu agama manusia di zaman skrg ini.

نسأل الله سبحانه و تعالى تمامها وظهورها و أن يجعلها خالصة لوجهه الكريم
وصلى الله وسلم وبارك على يسدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

kitab iaitu al-Marhum al-Muhaddits as-Sayyid Muhammad bin Alawi bin ‘Abbas bin ‘Abdul Aziz al-Maliki al-Makki al-Hasani

اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Insya Allah kita akan menyambut maulid dalam waktu terdekat, oleh itu marilah menghadiri sambutan maulid di masjid, mushola, di majelista'lim atau dimana saja, hayatilah sirah yang dibaca, jiwailah sholawat yang dialunkan, fahamilah tazkirah yang disampaikan, karena ia akan menyuburkan serta menambahkan lagi rasa kasih serta cinta kita kepada Rasulullah Saw jiwa kita akan lebih bertenaga untuk terus mengikuti segala ajarannya, jejak langkahnya dalam rangka kita mentaati Allah Swt setiap detik dan ketika.

وصلى الله على خير خلقه سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

The Author

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Morbi eu sem ultrices, porttitor mi eu, euismod ante. Maecenas vitae velit dignissim velit rutrum gravida sit amet eget risus. Donec sit amet mollis nisi, nec commodo est.